PGSM berterima kasih kepada Mujahid, Kabinet

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Kabinet kerana bersetuju menggubal Rang Undang-udang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan). Presidennya, Musa Awang berkata, undang-undang yang bakal digubal kelak dapat mengangkat profesionalisme peguam syarie di negara ini. Katanya lagi, di […]

Rang undang-undang profesion guaman syarie digubal

PUTRAJAYA – Kabinet bersetuju untuk menggubal Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) yang bertujuan mengawal selia profesion guaman syarie di Wilayah Persekutuan. Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. “Alhamdulillah, dengan menyambung usaha untuk menggubal rang undang-undang berkenaan yang telah dibuat sejak 1995, akhirnya ia akan […]

Peruntukan imbuhan, elaun imam, Guru Kafa dan Guru Takmir Selangor

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini menyerahkan peruntukan kerajaan Persekutuan sejumlah RM42,066,000 bagi pembayaran imbuhan kepada imam, alaun guru Kelas Agama Fardu Ain (Kafa) dan Guru Takmir bagi tahun ini di Selangor. Penyerahan peruntukan itu telah diserahkan oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam […]

Saintis wanita UMT ketuai pelayaran ekspedisi saintifik sempena LIMA 2019

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus mengiktiraf peranan saintis wanita dalam bidang kelautan dengan menampilkan Pengerusi Program Biologi Marin, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran UMT, Dr Roswati Md Amin sebagai Ketua Pelayar bagi Ekspedisi Saintifik UMT ke Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 2019). Roswati akan mengetuai pelayaran menggunakan kapal […]

Dasar Kebersihan Negara digerakkan

CYBERJAYA  – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menggerakkan Dasar Kebersihan Negara dalam usaha mempertingkatkan kesedaran masyarakat awam tentang betapa pentingnya peranan mereka dalam kebersihan negara. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, ke arah itu, kementerian menggariskan tiga hala tuju dalam pelaksanaannya termasuk usaha menjadikan sampah sebagai sumber penjanaan pendapatan merangkumi ‘circular economy’. Seterusnya kata beliau, […]

Banteras golongan tafsir al-Quran ikut logik akal

KUANTAN – Tindakan segelintir individu yang mentafsir al-Quran mengikut logik akal demi kepentingan sendiri perlu dibanteras kerana ia boleh mendatangkan implikasi buruk kepada umat Islam di negara ini. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah, al-Quran tidak boleh ditafsir mengikut logik akal kerana ia memerlukan […]