Kerajaan negeri rujuk Jawatankuasa Fatwa mengenai jajaran LRT Bayan Lepas

PULAU PINANG – Kerajaan negeri akan sentiasa menghormati garis panduan hukum hakam Islam dengan merujuk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri sebelum membuat keputusan rasmi bagi cadangan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas di kawasan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, untuk makluman jajaran LRT Bayan Lepas masih […]

Forum Antarabangsa ZhengHe erat hubungan China dan komuniti Islam

PUTRAJAYA – Forum Antarabangsa ZhengHe (ZIF) boleh digunakan untuk menjadi medan mengeratkan hubungan antara China dan komuniti Islam global. Menurut pakar dari Pejabat Penyelidikan Islam, Akademi Sosial Sains China, Li Lin, forum antarabangsa berkenaan bukan sahaja amat bersesuaian untuk tujuan itu, malah ia adalah platform terbaik untuk menjelaskan pelbagai isu yang melibatkan China dan negara […]

Pengerusi Bank Rakyat dinobat Wanita Paling Berpengaruh dalam Perniagaan dan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso dinobatkan sebagai Wanita Paling Berpengaruh dalam Perniagaan dan Kewangan Islam semasa Anugerah WOMANi 2019 baru-baru ini. Noripah menduduki tempat pertama dalam kalangan 300 senarai wanita di peringkat antarabangsa dari 16 buah negara, dengan penentuan kedudukan (ranking) ditentukan berdasarkan keupayaan membawa perubahan, mengatasi halangan dan mewujudkan peluang […]

Pelancaran SAR Melaka pada 26 Jun ini

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah  Islamiah Malaysia (YADIM) bakal melancarkan penubuhan Skuad Al Rahmah (SAR) Melaka pada 26 Jun ini (Rabu). Acara yang akan diadakan di Masjid Al Ghaffar, Jasin Melaka itu bakal disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Al Fadhil Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Dijangka seramai 20 orang anggota SAR Melaka akan […]

Kerajaan belum terima permohonan ektradisi Zakir Naik

SERDANG – Kerajaan belum secara rasmi menerima permohonan ekstradisi Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik dari kerajaan India walaupun mahkamah negara itu mengarahkan kehadiran Zakir pada 31 Julai ini. Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan berhubung perkara berkenaan. “Tujuannya adalah untuk ekstradisi. Selagi belum terima (permohonan), […]