Home » Langit Terbuka » Kerajaan negeri rujuk Jawatankuasa Fatwa mengenai jajaran LRT Bayan Lepas

Kerajaan negeri rujuk Jawatankuasa Fatwa mengenai jajaran LRT Bayan Lepas

Jajaran LRT Bayan Lepas masih pada peringkat kajian, tegas ketua Menteri Pulau Pinang. - Foto FMT

PULAU PINANG – Kerajaan negeri akan sentiasa menghormati garis panduan hukum hakam Islam dengan merujuk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri sebelum membuat keputusan rasmi bagi cadangan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas di kawasan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, untuk makluman jajaran LRT Bayan Lepas masih pada peringkat kajian dan lawatan tapak di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar baru-baru ini hanyalah sebahagian daripada peninjauan awal.

“Kerajaan negeri menggesa supaya rakyat tidak terpengaruh dengan sebaran tidak sahih mengenai jajaran ini yang dikatakan akan menjejaskan kawasan masjid dan tanah wakaf perkuburan di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.

“Masih ada banyak ruang lagi untuk kita dapatkan maklum balas awam sebelum sebarang keputusan mengenainya dimuktamadkan, kita belum sampai kepada peringkat kelulusan muktamad lagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini..

Beliau mengulas mengenai dakwaan yang tular dalam media sosial bahawa jajaran LRT Bayan Lepas akan menjejaskan kawasan masjid dan tanah wakaf perkuburan di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini.

Baru-baru ini tular gambar yang menunjukkan kerja-kerja menanda tanah dijalankan di kawasan masjid dan tanah perkuburan di situ sehingga mencetuskan kebimbangan anak-anak kariah masjid berkenaan. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *