Home » Citra Yadim » Pelancaran SAR Melaka pada 26 Jun ini

Pelancaran SAR Melaka pada 26 Jun ini

Selain Melaka, SAR YADIM telah dilancarkan di Perlis, Selangor dan Perak sebelum ini.

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah  Islamiah Malaysia (YADIM) bakal melancarkan penubuhan Skuad Al Rahmah (SAR) Melaka pada 26 Jun ini (Rabu).

Acara yang akan diadakan di Masjid Al Ghaffar, Jasin Melaka itu bakal disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Al Fadhil Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Dijangka seramai 20 orang anggota SAR Melaka akan menerima watikah pelantikan pada majlis berkenaan.

Pelancaran tersebut adalah sempena Program Muzakarah Jawatankuasa Masjid, Pegawai Syarak, Guru Takmir Daerah Jasin 2019M/1440H di masjid berkenaan yang bermula jam 9 pagi.

Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Md Azhan Samat turut dijangka hadir ke majlis ini.

Selepas pentauliahan, SAR Melaka akan melaksanakan program Cuci Cuci di Masjid Kariah Kampung Kelubi, Jasin pada sebelah petang hari yang sama. Cuci Cuci merupakan sebuah program ikon YADIM, di mana surau atau masjid terpilih akan dibersihkan secara bergotong royong.

Sebelum Melaka, SAR YADIM telah dilancarkan di Perlis, Selangor dan Perak.

SAR merupakan sebuah pasukan badan beruniform yang memfokuskan kepada kerja kerja dakwah untuk komuniti selain tugas sosial yang lain.

Antara khidmat bakti yang telah dilaksanakan ialah kerja pembersihan dan pengindahan surau, gotong royong kediaman asnaf, membantu ketika bencana alam, penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan sebagainya.

SAR turut membina jaringan strategik dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam program-program kesukarelawanan dalam usaha menyebarkan konsep Rahmatan Lil Alamin.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *