Home » Langit Terbuka » Kerajaan belum terima permohonan ektradisi Zakir Naik

Kerajaan belum terima permohonan ektradisi Zakir Naik

Mentri Dalam Negeri menegaskan, selagi belum menerima sebarang permohonan, kerajaan tidak akan mengambil apa-apa tindakan berhubung isu mengekstradisi Zakir Naik. - Foto FMT

SERDANG – Kerajaan belum secara rasmi menerima permohonan ekstradisi Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik dari kerajaan India walaupun mahkamah negara itu mengarahkan kehadiran Zakir pada 31 Julai ini.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan berhubung perkara berkenaan.

“Tujuannya adalah untuk ekstradisi. Selagi belum terima (permohonan), kita tak akan ambil apa-apa tindakan, kita tidak akan buat apa-apa keputusan. Kita nak tunggu dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang, di sini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Semalam, mahkamah di India mengarahkan pendakwah terkenal itu hadir di mahkamah pada 31 Julai depan atau berdepan risiko dikenakan waran tangkap.

Mahkamah Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA) dalam satu kenyataan berkata, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap tanpa jaminan terhadap pendakwah itu jika gagal hadir di mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah PMLA mengeluarkan waran tangkap tanpa jaminan terhadap Zakir membabitkan agensi pemeriksaan kewangan kerajaan India (ED).

ED sebelum ini mendakwa Zakir terlibat dalam pengubahan wang haram di India bernilai INR193 crore (RM115 juta). – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *