Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 11 Ogos

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 11 Ogos ini, menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tarikh tersebut telah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang […]

Karnival Rahmah anjuran kerjasama rakan strategik

PUTRAJAYA – Karnival Rahmah 2019 dianjurkan dengan kerjasama dengan rakan strategik dan syarikat korporat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf. Beliau berkata, karnival empat hari bermula 26 hingga 29 September ini melibatkan sekurang-kurangnya 10 kementerian dan banyak penyertaan syarikat swasta yang secara tidak langsung menampung kos pembiayaan program itu. Katanya, […]

Memo larangan solat: Polis ambil keterangan pengurusan kilang

KLANG – Polis Klang Utara telah memanggil pengurusan syarikat kilang plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar di sini ekoran tersebarnya memo larangan menunaikan solat ke atas pekerjanya atau berdepan denda RM500. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pihaknya telah memanggil pengadu dan mengambil keterangan berhubung penafian syarikat plastik itu kononnya mereka tidak […]

16 pelatih DMY 2019 tamatkan latihan

SEMUNGKIS – Seramai 16 orang peserta Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) menamatkan latihan mereka hari ini (1 Ogos) selepas tiga bulan menjalani latihan. Mereka diraikan dalam satu majlis di Institut Latihan Dakwah Yadim (ILDAN) di sini, yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Yunus. Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua YADIM, Yang […]

Libatkan ILDAN dalam komuniti Hulu Langat

SEMUNGKIS – Institut Latihan Dakwah Yadim (ILDAN) di sini dijangka bakal meriah dengan pelbagai aktiviti selepas ini apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Yang Berhormat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berhasrat melibatkannya dengan aktiviti pusat khidmatnya. Hasanuddin berkata, kewujudan ILDAN di sini yang memiliki pelbagai kemudahan perlu digunakan sebaiknya supaya orang ramai sama sama dapat menikmati manfaatnya. […]

Rang Undang-Undang Waqaf dibentang di Parlimen Oktober depan

BANGI – Rang Undang-Undang bagi menambah baik pengurusan waqaf akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata, draf bagi Rang Undang-Undang itu juga sudah siap dan hanya menunggu masa untuk di bentang di Dewan Rakyat Oktober depan. Menurut beliau, isi kandungan Rang Undang-Undang itu antaranya ialah […]

YADIM Kelantan santuni ibu bapa pelajar SK Danan

SELISING – Dengan hanya 250 orang pelajar, Sekolah Kebangsaan Danan di sini dianggap sebuah sekolah dengan kapasiti kecil. Ditambah dengan bilangan guru seramai 28 orang sahaja, serta seorang kerani. Namun ia bukan alasan untuk ianya dipinggirkan, justeru atas sebab itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 31 Julai telah mengadakan sesi motivasi dan pengajian […]

Sedia jalin kerjasama dengan NGO China

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersedia menjalin kerjasama dengan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) dari China. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz berkata, selain mengeratkan silaturrahim, ia juga merupakan peluang bagi badan dakwah itu untuk belajar tentang pelbagai perkara menerusi hubungan yang akan terjalin. “Kita ambil dan […]