Home » Langit Terbuka » Memo larangan solat: Polis ambil keterangan pengurusan kilang

Memo larangan solat: Polis ambil keterangan pengurusan kilang

Memo daripada sebuah kilang di Klang yang didakwa melarang kakitangan menunaikan solat. - Foto msentral

KLANG – Polis Klang Utara telah memanggil pengurusan syarikat kilang plastik di Taman Perindustrian Sungai Kapar di sini ekoran tersebarnya memo larangan menunaikan solat ke atas pekerjanya atau berdepan denda RM500.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pihaknya telah memanggil pengadu dan mengambil keterangan berhubung penafian syarikat plastik itu kononnya mereka tidak mengeluarkan memo kontroversi tersebut.

Menurut Nurulhuda, pihaknya juga telah menerima satu laporan polis yang dibuat pengurusan sebuah syarikat berkaitan penyebaran memo itu di media sosial sejak pagi ini (1 Ogos).

“Pihak pengurusan syarikat ini menafikan mereka mengeluarkan memo tersebut dan mendakwa ia palsu kerana tidak mempunyai tandatangan serta tidak melalui proses surat menyurat dalaman organisasi.

“Setakat ini, kita telah memanggil pengadu dan mengambil keterangan berhubung penafian memo tersebut.

“Bagaimanapun, kita menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang tindakan atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian agama di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia pagi ini melaporkan memo dalam dwi bahasa tersebut menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar kemudian tampil membuat kenyataan menafikan perkara itu berlaku selepas beliau berhubung dengan pihak pengurusan syarikat.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, pekerja kilang berkenaan mengesahkan bahawa memo tersebut memang betul dan hanya diperbetulkan semula oleh pihak pengurusan selepas ia menjadi isu.

Pekerja yang enggan namanya didedahkan itu juga memaklumkan bahawa satu pertemuan juga sudah dilakukan wakil pekerja Islam dengan pihak pengurusan kilang berkenaan. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *