Home » Citra Yadim » Libatkan ILDAN dalam komuniti Hulu Langat

Libatkan ILDAN dalam komuniti Hulu Langat

Hasanuddin ketika berucap merasmikan majlis Graduasi Daie Muda YADIM 2019

SEMUNGKIS – Institut Latihan Dakwah Yadim (ILDAN) di sini dijangka bakal meriah dengan pelbagai aktiviti selepas ini apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Yang Berhormat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berhasrat melibatkannya dengan aktiviti pusat khidmatnya.

Hasanuddin berkata, kewujudan ILDAN di sini yang memiliki pelbagai kemudahan perlu digunakan sebaiknya supaya orang ramai sama sama dapat menikmati manfaatnya.

“Lepas ini ada banyak aktiviti ILDAN dengan Pusat Khidmat Hulu Langat. Saya nampak kerap ada pasukan berbasikal melalui kawasan ini, terutamanya pada hujung minggu. Ini saya rancang adakan perkumpulan mereka dan kita buat aktiviti seperti sarapan di sini.

“Padang bola kita cantik, ini kita meriahkan, bila sudah kerap (digunakan), orang tanya main (bola sepak) di mana, kita boleh jawab main di ILDAN Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Graduasi Daie Muda YADIM (DMY) 2019 di sini pada 1 Ogos.

Seramai 16 peserta berjaya menamatkan latihan masing masing selepas menjalani kursus selama tiga bulan.

Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Shamsul Ma’arif Ismail, Ketua Pegawai Operasi, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah ILDAN, Mohd Khairrul Fuad Samsuddin, wakil wakil rakan rakan strategik serta pegawai dan kakitangan YADIM.

Dalam pada itu Hasanuddin berkata, program melibatkan pihaknya dan ILDAN akan diadakan bersama dengan pihak bukan Islam sebagai salah satu usaha meraikan orang ramai dalam komuniti tanpa mengira latar belakang mereka.

Menurutnya lagi, ia juga selaras dengan usaha kerajaan yang mahu menunjukkan Islam sebagai sebuah agama yang rahmah, dan pada masa yang sama menyebarkan dakwah kepada ramai.

Sementara itu, beliau dalam ucapan perasmiannya menawarkan kepada para pelatih untuk berkhidmat sebagai kakitangan penyelidik pada sesi Parlimen yang akan datang.

“Saya tawar kepada yang berminat, tapi sudah tentu kena miliki beberapa syarat yang tertentu,” ujar beliau.

Hasanuddin dalam ucapannya turut menjelaskan kerajaan berusaha memartabatkan Islam dalam pentadbiran menerusi konsep rahmah dan gagasan Rahmatan Lil Alamin.

Salah satu buktinya ujar beliau ialah apabila Parlimen berjaya meluluskan Rang Undang Undang Akta Profesion Guaman Syarie 2019 baru baru ini.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *