RM16,450 sebagai bantuan untuk RSY

PUTRAJAYA – Bantuan wang tunai berjumlah RM16,450 telah diagihkan kepada seramai 329 ahli Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY). Bahagian Kepimpinan Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkata, penerima bantuan berkenaan meliputi pelajar dari 23 Institusi Pengajian Tinggi termasuk politeknik di seluruh negara. Menurutnya, sumbangan tersebut diserahkan kepada ahli ahli RSY yang dikenalpasti terkesan […]

Nikah di Johor ditangguh

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menangguhkan semua majlis akad nikah di negeri ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa 18 Mac lalu. Pengarah JAINJ Datuk Md Rofiki A Shamsudin berkata, surat pekeliling berkaitan perkara itu sudah diberikan kepada Pejabat Kadi seluruh daerah. Katanya, penangguhan itu akan berlangsung sepanjang penguatkuasaan […]

Masjid, surau seluruh negara akan jalani pembersihan dan nyahkuman

KUALA LUMPUR- Semua masjid dan surau di seluruh negara akan menjalankan operasi pembersihan dan proses ‘nyahkuman’ dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, masjid juga akan dijadikan pusat komuniti agihan bantuan bagi asnaf dan kelompok memerlukan yang terjejas akibat COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri […]

Abdul Rahman akan dibantu YADIM Sarawak.

Merujuk kepada laporan akhbar Harian Metro pada 29 Mac 2020 (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/559811/kami-makan-apa-sahaja-janji-perut-beralas ) bertajuk ‘Kami makan apa sahaja, janji perut beralas’, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ingin memberi maklum balas berhubung perkara berkenaan. YADIM memandang serius masalah yang dihadapi oleh bekas Daie YADIM, Abdul Rahman bin Abdullah @ Dino Anak Jarabun yang terputus mata pencarian akibat […]

150 keluarga terima sumbangan Musa’adah Covid-19 YADIM

KOTA DAMANSARA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus turun padang menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19. Program pada 31 Mac ini menyantuni seramai 150 keluarga yang memerlukan di sekitar Lembah Klang iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pahang di Bangsar, PPR Desa Mentari di Petaling Jaya sebelum yang terakhir di Gugusan Dedap, […]

281 pelajar, 110 keluarga terima manfaat sumbangan RM35,000 Musa’adah Covid-19 YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 30 Mac melaksanakan sebanyak lima program utama sumbangan untuk mereka yang terjejas dengan musibah Covid-19 yang melanda negara ketika ini. Lima program sumbangan tersebut, yang menelan belanja hampir RM35,000 telah memberi manfaat kepada 110 buah keluarga serta 281 pelajar yang kesemuanya menerima kesan langsung wabak berkenaan dan Perintah […]