Home » Citra Yadim » 150 keluarga terima sumbangan Musa’adah Covid-19 YADIM

150 keluarga terima sumbangan Musa’adah Covid-19 YADIM

KOTA DAMANSARA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus turun padang menyantuni mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19.

Program pada 31 Mac ini menyantuni seramai 150 keluarga yang memerlukan di sekitar Lembah Klang iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pahang di Bangsar, PPR Desa Mentari di Petaling Jaya sebelum yang terakhir di Gugusan Dedap, di sini. Sejumlah RM30,000 diperuntukkan bagi tujuan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam ucapan ringkas sebelum menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk di sini berkata, YADIM meskipun merupakan sebuah badan dakwah, namun tidak lupa untuk mengadakan program program kebajikan menyantuni rakyat.

“Apabila kita sebut dakwah, YADIM bukan sekadar mengdakan ceramah atau kelas semata mata, kita akan turun padang menyantuni mereka yang memerlukan.

“Ini juga satu bentuk dakwah kami kepada masyarakat, apa yang masyarakat sumbangkan kepada YADIM, kami akan kembalikan semua kepada yang memerlukan,” ujar beliau.

Hadir sama dalam program program sumbangan hari ini ialah Pengarah Bahagian Perhubungan NGO YADIM, Mohd Fitri Aziz Yusof dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Shahrizal Mat.

Program menyantuni rakyat oleh YADIM ini akan diterukan lagi pada April ini dengan kawasan seterusnya ialah di Sijangkang dan Bangi.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *