Home » Citra Yadim » RM16,450 sebagai bantuan untuk RSY

RM16,450 sebagai bantuan untuk RSY

PUTRAJAYA – Bantuan wang tunai berjumlah RM16,450 telah diagihkan kepada seramai 329 ahli Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY).

Bahagian Kepimpinan Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkata, penerima bantuan berkenaan meliputi pelajar dari 23 Institusi Pengajian Tinggi termasuk politeknik di seluruh negara.

Menurutnya, sumbangan tersebut diserahkan kepada ahli ahli RSY yang dikenalpasti terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan kini berada di kampus masing masing.

YADIM kini dalam siri program menyantuni pelbagai golongan yang terkesan dengan PKP ketika ini.

Selain ahli RSY, bantuan juga disampaikan kepada golongan B40, keluarga jemaah tabligh yang hadir ke Masjid Sri Petaling dan positif Covid-19 serta petugas barisan hadapan.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *