Home » Citra Yadim » 281 pelajar, 110 keluarga terima manfaat sumbangan RM35,000 Musa’adah Covid-19 YADIM

281 pelajar, 110 keluarga terima manfaat sumbangan RM35,000 Musa’adah Covid-19 YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 30 Mac melaksanakan sebanyak lima program utama sumbangan untuk mereka yang terjejas dengan musibah Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Lima program sumbangan tersebut, yang menelan belanja hampir RM35,000 telah memberi manfaat kepada 110 buah keluarga serta 281 pelajar yang kesemuanya menerima kesan langsung wabak berkenaan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan sejak 18 Mac lalu.

Bermula jam 9.30 pagi, 100 keluarga di Pangsapuri Sri Enggang, Puchong disantuni oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifi Mohamad Al Bakri sendiri yang menyampaikan sumbangan kepada lima wakil penduduknya. Mereka menerima barangan keperluan harian serta wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung akibat musibah ini.

Selesai acara di Pangsapuri Sri Enggang, Dr Zulkifli sekali lagi turun padang bersama YADIM ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula. Kali ini beliau menyampaikan bekalan makanan dan barangan penjagaan kebersihan diri seperti sabun, ubat gigi dan sebagainya kepada 100 pelajar UKM yang dikenalpasti memerlukan bantuan oleh Rakan Siswa YADIM (RSY) di universiti tersebut.

Program YADIM kemudiannya diteruskan pula di Universiti Malaya, yang menyaksikan 50 pelajar menerima sumbangan makanan dan barangan penjagaan kebersihan diri, sama seperti di UKM.

Program keempat pula memberi manfaat kepada 106 pelajar tahfiz Masjid Jamek Sri Petaling yang kini dikuarantin di Institut Sosial Malaysia, Sungai Besi. Para pelajar berkenaan menerima sumbangan bahan bacaan untuk kegunaan sepanjang tempoh kuarantin mereka di institut berkenaan. Sebanyak 120 naskhah buku dan 29 majalah disumbangkan Bahagian Penerbitan YADIM kepada mereka.

Mewakili YADIM dalam program program inj ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Sementara itu bagi yang kelima, pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengagihkan sumbangan YADIM kepada para pelajar mereka yang memerlukan. Seramai 50 pelajar termasuk 11 ahli RSY menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan. Pada masa yang sama, beberapa lagi institusi pengajian tinggi di seluruh negara turut mengagihkan sumbangan YADIM kepada pelajar mereka.

YADIM juga pada 30 Mac telah menyantuni 10 keluarga jemaah Tabligh Masjid Sri Petaling, yang positif Covid-19.
Bagi mematuhi PKP, kesemuanya menerima sumbangan menerusi pemindahan wang elektronik (EFT).

Program turun padang menyatuni masyarakat oleh YADIM ini tidak akan terhenti pada 30 Mac sahaja, malah beberapa kawasan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan sumbangan yang sama selepas ini.

Kawasan tersebut termasuklah di Bangsar, Kota Damansara, Petaling Jaya dan Sijangkang di Selangor yang akan menerima sumbangan pada 31 Mac. Sebelum ini, YADIM telah melaksanakan usaha yang sama di Kinarut, Sabah dan Yan, Kedah.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *