Tiada diskriminasi, YADIM Sarawak bantu OKP B40

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyantuni Orang Kena Pemantauan (OKP) B40 di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Ong Kee Hui, di sini pada 23 April. Seramai 45 OKP menerima sumbangan pek berkenaan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat. Menurut Awang, OKP yang disantuni kebanyakkanya bekerja […]

Puasa bermula Jumaat

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari itu menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha […]

Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu di Marang

BUKIT PAYONG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 22 April meneruskan lagi program menyantuni golongan yang menerima kesan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini. Bertempat di Masjid Rawai, Marang di sini, seramai 50 keluarga dari kalangan asnaf menerima sumbangan YADIM Terengganu. Majlis diadakan dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) […]

Tidak tepati roh syariat Islam jika tak faham arahan kerajaan elak Covid-19

KUALA LUMPUR – Pihak-pihak yang tidak mahu memahami langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 boleh disifatkan sebagai tidak menepati roh syariat Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, apa yang dilakukan oleh pemerintah ketika ini ialah mahu memastikan keselamatan dan menjaga […]

IPD Yan, Hospital Jitra, penduduk Jerlun disantuni YADIM Kedah.

YAN – Memasuki hari ketiga program Musa’adah Covid-19 di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 22 April menyantuni pula anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini dan kakitangan Hospital Jitra. Kedatangan YADIM Kedah disambut Ketua Bahagian Pengurusan IPD Yan, AsistenSupritendan Abdul Hamid Isa sebelum majlis ringkas penyerahan sumbangan dilaksanakan. […]

Covid-19 : 150 asnaf sekitar Kota Bharu disantuni

KOTA BHARU – Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah lebih sebulan dikuat kuasakan akibat penularan Covid-19 nyata memberi kesan mendalam, terutamanya kepada asnaf di sekitar bandar ini. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan tampil menghulurkan sedikit bantuan menerusi program Musa’adah Covid 19 pada 22 April. Sejumlah 150 penerima mendapat manfaat dalam program […]