Home » Citra Yadim » Covid-19 : 150 asnaf sekitar Kota Bharu disantuni

Covid-19 : 150 asnaf sekitar Kota Bharu disantuni

KOTA BHARU – Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah lebih sebulan dikuat kuasakan akibat penularan Covid-19 nyata memberi kesan mendalam, terutamanya kepada asnaf di sekitar bandar ini.

Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan tampil menghulurkan sedikit bantuan menerusi program Musa’adah Covid 19 pada 22 April.

Sejumlah 150 penerima mendapat manfaat dalam program ini.

Antara kawasan yang diziarahi untuk pengagihan sumbangan ialah Kampung Pantai Kundur dan Kampung Kedai Buluh di sini. Seramai 50 asnaf yang terdiri daripada warga emas, pesakit kronik dan Orang Kelainan Upaya menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian.

Destinasi seterusnya ialah di Kampung Sungai Budor di sini yang menyaksikan 45 keluarga disantuni.

YADIM Kelantan juga menyampaikan sumbangan kepada golongan komuniti Lesbian, Biseksual dan Gay dan Transgender dengan tujuan mendekati mereka sambil berdakwah.

Semua golongan menerima kesan akibat penularan Covid-19, dan menerui usaha ini, YADIM Kelantan mengambil pendekatan berdakwah sambil membantu terhadap golongan ini agar mereka tidak merasa dipinggirkan. Sebanyak 35 set bantuan diserahkan kepada mereka.

Dua puluh asnaf dari sekitar pusat bandar ini juga menerima pengagihan oleh YADIM Kelantan.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *