Home » Citra Yadim » IPD Yan, Hospital Jitra, penduduk Jerlun disantuni YADIM Kedah.

IPD Yan, Hospital Jitra, penduduk Jerlun disantuni YADIM Kedah.

YAN – Memasuki hari ketiga program Musa’adah Covid-19 di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 22 April menyantuni pula anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini dan kakitangan Hospital Jitra.

Kedatangan YADIM Kedah disambut Ketua Bahagian Pengurusan IPD Yan, AsistenSupritendan Abdul Hamid Isa sebelum majlis ringkas penyerahan sumbangan dilaksanakan.

Di IPD ini, YADIM menyumbangkan sejumlah pembasmi kuman, sarung tangan serta penutup hidung dan mulut untuk kegunaan anggota polis di sini.

Manakala di Hospital Jitra, YADIM menyumbangkan pelindung muka, pembasmi kuman, sarung tangan, penutup hidung dan mulut serta air mineral. Mewakili pihak hospital bagi menerima sumbangan ini ialah Norzairi Ramli dan Mohd Elyas Mahtar dari Unit Pentadbiran dan Kewangan.

Turut menerima sumbangan pada hari ketiga ini ialah seramai 30 penduduk dari Jerlun. Majoriti penerima sumbangan ialah golongan B40 yang bekerja sendiri atau sebagai buruh. Sumbangan kemudiannya disampaikan kepada 30 keluarga nelayan di Sungai Udang.

Program terakhir YADIM pada 22 April ialah menyampaikan sumbangan kepada seorang ahli Tabligh di Sungai Petani yang hadir ke masjid Sri Petaling, kini sembuh selepas 28 hari menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *