Home » Langit Terbuka » Puasa bermula Jumaat

Puasa bermula Jumaat

Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada 24 April itu menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. - Foto MSN

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari itu menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 15 kawasan terpilih ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan itu juga, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *