Home » Citra Yadim » Tiada diskriminasi, YADIM Sarawak bantu OKP B40

Tiada diskriminasi, YADIM Sarawak bantu OKP B40

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyantuni Orang Kena Pemantauan (OKP) B40 di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Ong Kee Hui, di sini pada 23 April.

Seramai 45 OKP menerima sumbangan pek berkenaan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.

Menurut Awang, OKP yang disantuni kebanyakkanya bekerja sendiri, berpendapatan rendah, dan menerima gaji harian, justeru mereka terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dikuatkuasakan.

ā€œKita harap bantuan yang tidak seberapa ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka,ā€ ujar beliau ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan berkenaan.

Turut hadir adalah Puan Mislina Muhd. Ishak mewakili Pengarah AADK Negeri Sarawak dan Puan Sharifah Azimah bt Syed Hj Ismail, Ketua AADK Daerah Kuching.

YADIM dan AADK Sarawak sememangnya telah lama menjalin kerjasama rapat. Badan dakwah ini menganjurkan kelas bimbingan setiap bulan untuk OKP di bawah pengawasan AADK negeri ini.

Sementara itu, pada hari yang sama, YADIM Sarawak juga menyantuni 67 buah keluarga yang memerlukan di sekitar bandar raya ini. Antara kawasan yang menerima mannfaat ialah di Kampung Bumbok, Batu Kitang dan Kampung Segubang, Bau.

Anggota tentera dan polis yang bertugas di beberapa sekatan jalan raya di bandar raya ini turut disantuni YADIM Sarawak menerusi pemberian minuman.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *