Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu di Marang

Musa’adah Covid-19 YADIM Terengganu di Marang

BUKIT PAYONG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 22 April meneruskan lagi program menyantuni golongan yang menerima kesan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini.

Bertempat di Masjid Rawai, Marang di sini, seramai 50 keluarga dari kalangan asnaf menerima sumbangan YADIM Terengganu. Majlis diadakan dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rawai, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Rawai dan Pejabat Dewan Undangan Negeri Alor Limbat.

Program seterusnya diadakan di Masjid Kampung Surau Haji Yaakob di sini. Dengan kerjasama AJK Masjid Kampung Surau Haji Yaakob, MPKK Kampung Surau Haji Yaakob, dan Pejabat Dewan Undangan Negeri Bukit Payong, sebanyak 50 keluarga menerima sumbangan YADIM Terengganu.

Pada hari yang sama, sumbangan juga diberikan kepada 50 keluarga warga asing di Kuala Terengganu dengan kerjasama Majlis Amal Islami Terengganu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *