Penerima Anugerah Ibu Mithali ketujuh meninggal dunia

KUALA KANGSAR – Penerima Anugerah Ibu Mithali ke 7, Kamariah Alang Mat Nasid, 92, meninggal dunia di sini pada 25 Jun. Berita sedih itu dikongsi Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar, Ahmad Shah Mohamad Salleh dalam posting di laman Facebook miliknya. Ahmad Shah yang juga Exco Majlis […]

Sekolah, Madrasah Tahfiz dibenar beroperasi semula

KUALA LUMPUR – Sekolah dan madrasah tahfiz berdaftar dibenarkan beroperasi semula berdasarkan tarikh pembukaan sekolah yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lama lagi, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata semua sekolah itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KPM, dan bagi madrasah yang mempunyai kemudahan asrama […]

Mahkamah Syariah Perak laksana e-payment

IPOH – Mahkamah Syariah Negeri Perak menjadi yang pertama dalam negara melaksanakan kaedah pembayaran secara elektronik (e-Payment), sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan di mahkamah berkenaan. Ketua Hakim Syarie Negeri Perak, Datuk Asa’ari Mohd Yazid berkata, inisiatif dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad itu merangkumi pelbagai kategori termasuk pendaftaran kes dan pembayaran denda dan akan […]

JPM nafi miliki akaun Telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan mempunyai akaun Telegram httpps://t.me/jpmgov yang diwujudkan atas nama ‘Jab.Perdana Menteri’. Berikutan itu, Unit Komunikasi Korporat JPM dalam kenyataan hari ini (26 Jun) meminta orang ramai untuk tidak menyertai pautan itu bagi mengelakkan penerimaan maklumat dan berita palsu. JPM hanya mempunyai akaun media sosial iaitu Facebook: @Jab.PerdanaMenteri; Twitter: twitter.com/jpmgov_; […]

Perlis benarkan solat Aidiladha, ibadah korban

KANGAR – Perlis membenarkan ruang solat dan perkarangan masjid di seluruh negeri ini dibuka sepenuhnya dengan syarat ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, bertitah demikian dalam satu kenyataan. Manakala ibadat di surau seluruh negeri […]