Home » Langit Terbuka » Penerima Anugerah Ibu Mithali ketujuh meninggal dunia

Penerima Anugerah Ibu Mithali ketujuh meninggal dunia

Allahyarhamah Kamariah Alang Mat Nasid. - Foto FB Pengerusi Majlis Belia Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Penerima Anugerah Ibu Mithali ke 7, Kamariah Alang Mat Nasid, 92, meninggal dunia di sini pada 25 Jun.

Berita sedih itu dikongsi Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar, Ahmad Shah Mohamad Salleh dalam posting di laman Facebook miliknya.

Ahmad Shah yang juga Exco Majlis Belia Malaysia, di dalam posting itu turut memberitahu, jenazah Allahyarhamah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lalang, Padang Rengas.

Allahyarhamah adalah penerima Anugerah Ibu Mithali ke 7 Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Allahyarhamah adalah ibu kepada 13 anak, 7 lelaki dan 6 perempuan, termasuk bekas Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Khairuddin Arshad. – Suara Perak

…Warga YADIM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah atas pemergiannya, dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman…

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *