Home » Langit Terbuka » Perlis benarkan solat Aidiladha, ibadah korban

Perlis benarkan solat Aidiladha, ibadah korban

Ibadat di surau seluruh Perlis masih belum dibenarkan setakat ini dan masyarakat digalak melaksanakan ibadat di masjid. - Foto YOY Network

KANGAR Perlis membenarkan ruang solat dan perkarangan masjid di seluruh negeri ini dibuka sepenuhnya dengan syarat ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, bertitah demikian dalam satu kenyataan.

Manakala ibadat di surau seluruh negeri ini masih belum dibenarkan setakat ini dan masyarakat digalak melaksanakan ibadat di masjid. Namun, ibadat di surau sekolah dibenarkan.

Perlis juga membenarkan solat Aidiladha dan ibadah korban tertakluk kepada SOP yang ditetapkan, titah baginda. – Bernama

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *