Terengganu benarkan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan solat fardu dan solat Jumaat diteruskan di semua masjid dan surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bagaimanapun, jemaah diingatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dan kehadiran jemaah mestilah mengikut kapasiti saiz masjid. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan […]

SOP majlis nikah diumum esok

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan yang baharu esok. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini belum ada kepastian sama ada SOP itu membabitkan pernikahan di rumah atau di pejabat jabatan agama […]

Pelan Induk Wakaf Nasional bentuk hala tuju pengurusan wakaf lebih sistematik

KUALA LUMPUR – Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) yang akan diwujudkan kerajaan akan dapat membantu Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), menetapkan arah dan hala tuju pengurusan wakaf lebih sistematik, kata Ketua Pengarahnya Ruslan Said. Beliau berkata PIWN akan bertindak sebagai rangka kerja untuk menggerakkan dan membimbing semua pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, swasta dan […]

Aktiviti keagamaan di masjid, surau di Kedah dibenarkan

ALOR SETAR – Aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Kedah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tertentu. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Mohd. Yusri Md. Daud berkata, antara ketetapan itu adalah masjid dan surau hanya akan dibuka satu jam sebelum waktu solat dan satu […]