Home » Langit Terbuka » Terengganu benarkan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat

Terengganu benarkan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat

Meskipun dibenarkan menunaikan solat di masjid di Terengganu, semua pihak diminta mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa. - Foto Kita Reporters

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan solat fardu dan solat Jumaat diteruskan di semua masjid dan surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, jemaah diingatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dan kehadiran jemaah mestilah mengikut kapasiti saiz masjid.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Datuk Osman Muda berkata meskipun begitu semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan surau tidak dibenarkan sepanjang PKPB dikuatkuasakan.

“Bagi masjid dan surau yang berada dalam kawasan Zon Merah pula, sembahyang fardu lima waktu berjemaah di masjid dibenarkan hanya untuk tiga individu sahaja terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid dan pegawai masjid secara bergilir-gilir, manakala solat jumaat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada arahan pihak berkuasa yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT),” katanya dalam satu kenyataan pada 9 November.

Osman berkata Sultan Mizan juga menyeru semua rakyat tidak sesekali mengambil ringan arahan pihak berkuasa dalam menghadapi wabak COVID-19 dan mengingatkan rakyat supaya sentiasa mematuhi SOP.

Baginda turut mendoakan agar kehidupan seharian rakyat kembali pulih seperti sediakala dan semoga rakyat sentiasa berada dalam kerahmatan Allah. – Bernama

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *