Home » Langit Terbuka » SOP majlis nikah diumum esok

SOP majlis nikah diumum esok

Pengumuman mengenai SOP pernikahan itu akan dilakukan mengikut kesesuaian negeri masing-masing memandangkan Sultan atau Raja adalah Ketua Agama Islam di negeri. - Foto Kashoorga

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan yang baharu esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini belum ada kepastian sama ada SOP itu membabitkan pernikahan di rumah atau di pejabat jabatan agama Islam.

“Pengumuman itu adalah berkenaan pernikahan dan bukannya majlis perkahwinan. Majlis sosial seperti perkahwinan, hari jadi dan sebagainya masih lagi tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media keselamatan COVID-19, pada 9 November.

Beliau berkata, pengumuman mengenai SOP itu akan dilakukan mengikut kesesuaian negeri masing-masing memandangkan Sultan atau Raja adalah Ketua Agama Islam di negeri. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *