Home » Citra Yadim » YADIM Kedah bersama jayakan Cordoba of Kedah

YADIM Kedah bersama jayakan Cordoba of Kedah

ALOR SETAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kedah akan bersama-sama membantu kerajaan negeri merealisasikan gagasan Cordoba of Kedah ( CoK) dalam pelbagai bentuk program yang dianjurkan. 

Terbaharu, pada 1 November, Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah menyertai Bengkel Cordoba of Kedah yang dianjurkan oleh Pejabat Exco Agama Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri dan Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri ( BPEN) yang melibatkan pelbagai agensi di peringkat negeri.

Seramai 50 peserta dari perbagai institusi telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini antaranya Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIK) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK),  Jabatan Mufti Kedah, Yayasan Islam Negeri Kedah, Universiti Utara Malaysia (UUM) , Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman.

Bengkel yang diadakan di Raia Hotel di sini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, secara atas talian dan turut menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia  Kedah,  Yang Berhormat Brigedier Jeneral (B) Dato’ Najmi Haji Ahmad sebagai tuan rumah.

Sebelum ini, Pengarah YADIM Kedah juga telah dilantik sebagai salah seorang anggota pasukan pemikir Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah bertujuan untuk bersama memberikan idea dan pandangan untuk memperkasakan pelaksanaan agama dan dakwah di Negeri Kedah

Cordoba of Kedah merupakan satu gagasan pembangunan modal insan negeri, selari dengan teras dalam Pelan Pembangunan Kedah 2034.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *