Home » Langit Terbuka » Jenaka lucah dan lawak tentang rogol hukumnya haram – PMWP

Jenaka lucah dan lawak tentang rogol hukumnya haram – PMWP

Berjenaka lucah dan membuat lawak rogol adalah haram dalam Islam kerana ia mengancam keselamatan emosi dan mental orang yang ditujukan lawak tersebut, jelas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - Foto FB

PUTRAJAYA – Jenaka berunsur lucah dan membuat lawak berkaitan rogol bukannya satu perbuatan yang mulia malah, ia ditegah dalam Islam.

Perkara itu dipersetujui oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke 636: Hukum berjenaka lucah dan lawak tentang rogol yang dikongsi PMWP menerusi laman sesawangnya, hari ini.

Menurutnya, hukum berjenaka lucah dan membuat lawak rogol adalah haram dalam Islam kerana ia mengancam keselamatan emosi dan mental orang yang ditujukan lawak tersebut.

Malah budaya sebegini tidak seharusnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat kerana perkataan-perkataan yang tidak senonoh pada umumnya adalah perkataan yang tercela, melainkan menyebut alat-alat sulit manusia atas tujuan pendidikan maka ia dibenarkan.

“Perbuatan ini juga boleh meninggalkan kesan yang negatif kepada pendengar terutamanya kanak-kanak,” katanya.

Katanya, Rasulullah sendiri memerintahkan umatnya agar sentiasa menjaga kata-kata daripada terjebak dengan perkataan yang dilarang oleh syarak.

Justeru, katanya, seorang Muslim dituntut agar menuturkan kata-kata yang baik ketika bergurau mahupun ketika perbincangan atau suasana yang serius.

Bagaimanapun, katanya, perlu dijelaskan juga bahawa menyebut perkataan seakan lucah seperti alat sulit wanita atau lelaki untuk tujuan pendidikan dan pengajaran hukumnya diharuskan dan tidak haram.

“Sebagai contoh mengajar wanita tentang hukum hakam haid dan nifas, begitu juga ilmu perubatan,” katanya.

Katanya, ingatlah bahawa orang yang suka mengujarkan kata-kata lucah adalah orang yang tiada perasaan malu yang mana ia melambangkan kesempurnaan iman seseorang. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *