Home » Citra Yadim » Pelancaran CDERT APM – YADIM

Pelancaran CDERT APM – YADIM

KUCHING – Gerak kerja dakwah masa kini memerlukan usaha yang melangkaui keselesaan pejabat berhawa dingin. Inisiatif turun padang kini menjadi satu kemestian, umpamanya terlibat sama dengan usaha bantuan bencana dan sebagainya.

Bertitik tolak dari sifat pro aktif dan sentiasa mendahulukan rakyat ini, Angkatan Pertahanan Awam telah menawarkan agar YADIM mengikuti kursus Asas CDERT (Civil Defense Emergency Response Team).

 Seramai 40 orang Sukarelawan YADIM (SAY) negeri ini dan juga rakan-rakan NGO Islam yang sering bersama dengan YADIM telah mengikuti kursus tersebut dan membentuk pasukan pertama CDERT  APM – YADIM.

Penubuhan pasukan ini menambah nilai kepada SAY apabila turut dinobatkan sebagai ahli pasukan tindakan kecemasan yang terlatih yang akan bertindak kepada sebarang bencana yang berlaku.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, pengiktirafan pasukan ini  penting dalam usaha badan dakwah ini membantu ketika terjadinya bencana.

“Kita percaya melalui latihan yang dilalui, mereka akan dapat mengembangkan kemahiran mereka dalam pelbagai aspek tidak tertumpu dalam memberi dakwah agama sahaja, malah menggerakkan pasukan bantuan,”.

Beliau berkata demikian dalam majlis Pelancaran CDERT APM – YADIM di sini pada 21 Februari.

Hadir sama ialah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Tuan Mohtar Samat, Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Shahrizal Mat, serta wakil wakil rakan kerjasama YADIM di negeri ini.

Kira kira 30 wakil agensi dan rakan strategik YADIM yang sering bekerjasama melaksanakan gerakan dakwah di sini diraikan dalam majlis ini.

Turut diadakan ialah lantikan Majlis Pimpinan Negeri  Rakan Siswa YADIM Sarawak yang baharu bagi tempoh 2022- 2023. 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *