Home » Citra Yadim » Dakwah menerusi ekonomi dan pendidikan untuk golongan muda

Dakwah menerusi ekonomi dan pendidikan untuk golongan muda

KUCHING – Lebih banyak ruang dan peluang kerjasama dakwah bakal dilaksanakan YADIM Sarawak di negeri ini, terutamanya melibatkan golongan muda.

Ini merupakan antara yang dilontarkan dalam pertemuan YADIM Sarawak bersama Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di sini pada 21 Februari.

Ketua Menteri Sarawak itu turut menyeru agar gerak kerja dakwah di negeri ini untuk generasi muda difokuskan kepada bidang ekonomi dan pendidikan.

Menurutnya, dengan menangani isu isu ekonomi dan pendidikan, usaha berdakwah sebenarnya akan dipermudahkan kerana dua perkara ini amat dekat dengan anak muda masa kini selain bidang teknologi maklumat.

Dakwah ujar beliau jangan terlalu difokuskan kepada medium ceramah semata mata.

Hadir mewakili YADIM dalam pertemuan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim dan Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.

Menerusi pertemuan ini, YADIM turut berkesempatan menerangkan aktiviti terkini badan dakwah ini dan perancangan terkininya untuk negeri ini.

Sementara itu terdahulu, YADIM juga mengadakan kunjungan kepada Majlis Islam Sarawak (MIS) di sini bertemu  Yang Dipertuanya, Datu Haji Misnu Haji Taha.

Dalam pertemuan ini, yang turut disertai oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Ustaz Haji Khalidi Haji Ibrahim ini, MIS melahirkan hasrat supaya YADIM akan lebih banyak terlibat dalam membantu menangani dan menjelaskan kepada umum tentang bahaya pelbagai fahaman bebas ketika ini yang sedang rancak menular.

MIS juga menyatakan mereka tiada masalah untuk bekerjasama dengan YADIM dalam program program dakwah di negeri ini.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *