Home » Citra Yadim » Induksi Pembimbing Rakan Belia YADIM

Induksi Pembimbing Rakan Belia YADIM

BANTING – Pada 18 hingga 20 Februari 2022, Bahagian Kepimpinan Muda melalui Unit Belia telah menganjurkan program Induksi Pembimbing Rakan Belia YADIM yang diadakan di El – Azzhar Camp di sini.

Objektif program ini adalah untuk memberi latihan kepada pembimbing Rakan Belia YADIM yang berperanan sebagai nuqaba’ dan ejen lajnah dakwah kepada ahli-ahli Rakan Belia YADIM di 21 Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan.

Program selama tiga hari dua malam ini melibatkan seramai 30 peserta dalam kalangan wakil mahasiswa antaranya dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Sultan Zainal Abidin serta wakil dari Exco Dakwah dan Pembangunan Insan Rakan Siswa YADIM.

Dengan tema program “Belia: Antara Semalam dan Hari Ini”, peserta-peserta program diberikan pengisian oleh penceramah – penceramah jemputan yang berkemahiran dan berpengalaman.

Antara penceramah yang memberikan perkongsian ialah Imam Muda Fakhrul, Ustaz Hariri Daud dan Dai’e Muda YADIM Naim Sadoon, Juara Perdana Daie Muda YADIM 2020.

Turut hadir menyampaikan tausiyah ialah Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *