Home » Citra Yadim » Program Seminar Malaysia Madani bersama PDRM Kontinjen Perlis

Program Seminar Malaysia Madani bersama PDRM Kontinjen Perlis

BERTEMPAT Di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis telah diadakan Program Seminar Malaysia Madani anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia Perlis (YADIM) dengan kerjasama PDRM Kontinjen Perlis.
Program pasa 20 September ini bertujuan melahirkan kakitangan yang berilmu dan berakhlak di dalam setiap pekerjaan yang dilakukan serta membentuk warga kerja bermotivasi dan berfikiran kreatif.
Program dimulakan dengan slot bicara oleh Ustaz Hazwan Syah Niezam Abdul Hanif bertajuk “Penghayatan Konsep Ihsan Malaysia Madani Dan Kalangan Penjawat Awam” serta Ustaz Ibrahim Yusoff yang bertajuk “Keluarga Madani: Membina Keluarga Yang Diberkati”.
Program ini turut disertai Ketua Jabatan Pengurusan IPK Perlis, ACP Azizan bin Tukiman@Hj A.Rahman, Penolong Pengarah YADIM Kedah /Perlis Ustaz Afifi bin Ruslan, Pegawai Polis dan Pegawai Awam Kontinjen Perlis.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *