Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu: Program Aspirasi Remaja Madani

YADIM Terengganu: Program Aspirasi Remaja Madani

INISIATIF Dakwah menerusi penyampaian ilmu oleh YADIM Terengganu berlangsung sepanjang tahun bagi memastikan generasi muda di negeri tersebut khususnya, sentiasa diberikan pengisian bermanfaat bagi menyiapkan mereka menempuh masa depan.
Menerusi Program Aspirasi Remaja Madani umpamanya, para pelajar dipersiapkan serta diberikan pengisian kerohanian bagi memandu mereka secara fizikal dan spiritual.
Program pada 21 September di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Telemong itu dihadiri oleh seramai 80 pelajar yang bakal menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
Program di Surau As Salam, SMK Kuala Telemong itu disampaikan pengisiannya oleh Ustaz Mohd Khairul Ridhwan Addha Akhiar, dari ABIM Negeri Terengganu.
Ia dirasmikan oleh Pengetua SMK Kuala Terengganu, Mohd Zulkarnain Abd Wahab.
Hadir sama dalam program ini adalah Penyelaras YADIM Negeri Terengganu, Encik Syamsul Firdaus Shamsuddin.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *