Home » Citra Yadim » Induksi Rakan Siswa YADIM di UNISEL

Induksi Rakan Siswa YADIM di UNISEL

SATU Sesi Induksi Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Selangor (UNISEL) telah diadakan di Pusat Islam universiti tersebut pada 19 September. Ia disertai seramai 20 orang barisan pimpinan RSY.
Sesi induksi ini memberi penekanan berkaitan Plan Of Action (POA) bagi pergerakan RSY untuk merangka dan menyelaras program-program agar selaras dengan visi dan misi YADIM.
Antara yang menjadi keutamaan pada sesi induksi ini adalah fungsi dan peranan RSY UNISEL bagi memastikan program-program yang dilaksanakan berimpak tinggi dan menjadi satu organisasi yang mampu mempengaruhi kesatuan mahasiswa ke arah kebaikan dan kebajikan sosial dalam rangka kepelbagaian.
Sesi induksi ini telah dipimpin oleh Ketua Unit Institusi Pengajian Tinggi, Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Encik Farisul Islam Fakhrul Adabi.
Sesi Induksi ini dihadiri oleh Pengarah Pusat Islam UNISEL, Ustaz Abd Razak Aripin dan Penyelaras RSY UNISEL, Ustaz Azuan Sulaiman. Turut hadir dalam sesi ini ialah Pengarah Bahagian KEMUDA, Encik Shahrizal Mat dan Penyelaras YADIM Selangor, Encik Mohammad Izzuddin Mohamad Ares.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *