Home » Citra Yadim » YADIM konsisten fokus santuni komuniti madani orang asli Bentong

YADIM konsisten fokus santuni komuniti madani orang asli Bentong

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus melaksanakan inisiatif memperkasakan gagasan Malaysia Madani dengan menyantuni komuniti Madani Orang Asli di Perkampungan Masyarakat Orang Asli Gapoi, Bentong Pahang.
Program bertarikh 22 September 2023 (Khamis) ini dan selama sehari itu bermula jam 10.00 pagi bertempat di Tabika Kemas Kampung Sungai Gapoi.
Aktiviti yang melibatkan lebih 100 orang termasuk 30 orang pelajar Tabika Kemas ini menjadi penanda aras sambutan luar biasa oleh masyarakat Orang Asli terhadap aktiviti seperti ini.
Para pelajar tabika pula telah menjayakan aktiviti mewarna yang diadakan oleh penganjur. Selain itu Yadim turut memberikan sumbangan barangan keperluan harian sebanyak 60 set bakul Rahmah.
Delegasi Yadim diwakili oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan Dan Pekaderan Kapten Shamsuddin Moner dan beberapa urusetia yang terdiri daripada Penolong Pengarah Bahagian Ustazah Noor Azian Omar Baki,Ustaz Aswad dan Ustaz Zuhaini Jelani dari Bahagian Pembangunan Du’at.
Program ini juga telah dibantu oleh beberapa Daie Orang Asli Yadim iaitu Daie Aslam, Daie Nazrul, Daie Farhanis, Daie Agus dan Daie Rozaini.
YADIM dalam menjayakan inisiatif menyantuni komuniti Madani ini juga turut bekerjasama dengan delegasi Kampung Orang Asli Sungai Gapoi yang terdiri daripada Puan Milah Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung Sungai Gapoi, Ustaz Nik Penggerak Masyarakat Orang Asli, Cikgu Ayong Pendidik Tabika Kemas Sugai Gapoi dan Cikgu Liza Pendidik Tabika Kemas Kampung Sungai Bot.
Walaupun diadakan secara sederhana namun ianya adalah selaras dengan fungsi teras YADIM yang menggalakkan masyarakat berlumba-lumba membuat kebaikan dengan memberi kefahaman, pengamalan dan penghayatan Islam melalui kegiatan dakwah dalam aspek pendidikan, sosial dan kebajikan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *