Home » Citra Yadim » YADIM Kolaboratif ‘Ijtima Harakiy’

YADIM Kolaboratif ‘Ijtima Harakiy’

YADIM Kolaboratif ‘Ijtima Harakiy’ Forum Perdana dan Qiamullail Perdana telah di laksanakan di Kompleks Pendidikan Al Hikmah yang di rasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua YADIM, Prof. Madya Dr. Adi Anuar Azmin pada 21 September.
Forum Perdana yang bertajuk ‘Melestarikan Malaysia Madani Penuh Hikmah’ itu menampilkan Exco Wadah Pencerdasan Umat Malaysia, Encik Amidi Abdul Manan, Setiausaha ABIM Pusat, Encik Mohammad Fazril Mohd Salleh serta Setiausaha Agung PKPIM Pusat, Muhamad Dzul Aiman Zulkifly sebagai ahli panel.
Naib Yang Dipertua ABIM, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain pula merupakan moderator forum.
Program telah dihadiri 250 peserta daripada kalangan ahli ABIM, PKPIM dan wakil badan bukan kerajaan (NGO)di Kedah.
Dalam ucaptama yang disampaikan Timbalan Yang Dipertua YADIM, beliau menerangkan peranan YADIM sebagai
lidah kerajaan dalam memberi kefahaman gagasan Malaysia Madani kepada segenap masyarakat di negeri ini dan peranan NGO bagi bersama-sama dalam menjayakannya.
Semoga program yang dilaksanakan akan memberi impak yang berkesan dalam membangunkan masyarakat Madani di Malaysia.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *