Program Jiwa Madani daerah Bachok

BACHOK – Lensa Program Jiwa Madani hasil kerjasama YADIM Kelantan dan Jabatan Penerangan Daerah Bachok pada 5 Mac. Program di Pejabat Penerangan Daerah Bachok ini memberi penerangan berkaitan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (1) 2019. Pencerahan mengenai isu berkenaan disampaikan oleh Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Haji Nik Saiful […]

Cium, usap hajarulaswad bukan rukun haji, umrah

GEORGE TOWN – Hukum mengusap atau mengucup hajarulaswad adalah sunat dan perbuatan itu bukan syarat sah tawaf untuk ibadat haji atau umrah. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbuatan itu juga bukan rukun haji atau umrah yang wajib ke atas seseorang yang menunaikan ibadah haji atau umrah. Beliau berkata, […]

Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani

PROGRAM Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani anjuran YADIM Pulau Pinang di Pulau Aman pada 10 dan 11 Februari lalu bermula di Masjid Ar Rahman di pulau berkenaan. Bersama Masjid As Salam, Permatang Tok Bedu yang membawa 70 peserta sekolah rendah dan menengah untuk kem Tahsin Solat, pelbagai aktiviti disusun bagi menyantuni komuniti yang terbabit di […]

Program Pemukiman TOT MADANI

SELARAS Dengan teras dan inisiatif mencapai hasrat Malaysia Madani, YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama ABIM, WADAH dan PKPIM telah menjalankan program Pemukiman TOT MADANI baru-baru ini. Program tersebut telah dijalankan selama tiga hari dua malam di Pusat Latihan Urus Zakat (PULAZA) Pulau Pinang pada 9 hingga 11 Februari lalu. Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan […]

Perancangan Program Pidato Cilik Madani 2024

DENGAN Kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), YADIM Kelantan merancang mengadakan Program Pidato Cilik Madani 2024. Program peringkat negeri Kelantan itu dirancang melibatkan penyertaan sebanyak 41 buah sekolah pesisir pantai daripada Pejabat Pendidian Daerah Kota Bharu, Backok, Tumpat dan Pasir Puteh terdiri daripada 28 sekolah rendah dan 13 sekolah menengah. Dengan […]

Makan malam di kediaman Kedutaan Besar Malaysia di Jordan

KEDUTAAN Besar Malaysia di Jordan telah mengundang delegasi YADIM ke majlis makan malam bersama TYT Mohamad Nasri bin Abdul Rahman, Duta Besar Malaysia ke Jordan. Majlis yang berlangsung di kediaman rasmi duta besar itu telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin bersama delegasi YADIM. Turut sama hadir ke majlis tersebut adalah […]

Program Seminar Kenegaraan Madani anjuran YADIM Johor

KOLEJ Yayasan Pelajaran Johor menjadi lokasi seterusnya program Seminar Kenegaraan Madani anjuran YADIM Johor. Program pada 14 Februari itu dihadiri seramai 200 pelajar kolej berkenaan. Antara pengisian program ialah ceramah berjudul ‘Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan yang disampaikan oleh Peguam Syarie, Muhammad Nur Hafiz Roslan. Ia kemudiannya diteruskan dengan Forum Madani dengan tajuk ‘Perpaduan Asas […]

Kunjungan hormat wakil Ahli Majlis Perbandaran Selayang

YADIM Telah menerima kunjungan hormat daripada dua orang wakil Ahli Majlis Perbandaran Selayang pada 13 Februari di ibu pejabatnya di Putrajaya. Pertemuan ini adalah bertujuan untuk membincangkan kerjasama dakwah khusus untuk komuniti di daerah tersebut. Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof. Ia memfokuskan kepada perancangan awal […]

Israk Mikraj: Program Bicara Dakwah Rasulullah

SEMPENA Israk Mikraj, YADIM Kelantan pada 10 Februari meneruskan usaha dakwahnya dengan menganjurkan program Bicara Dakwah Rasulullah yang berlangsung di Masjid Permatang Sungkai di Pasir Puteh, Kelantan. Kuliah disampaikan oleh Mudir Pondok Islahiyyah Kuin Pasir, Jelawat, Bachok, Baba Zulkarnain Harun. Turut hadir Imam Tua Masjid Permatang Sungkai, Ustaz Abd Rahim Jaafar. Mewakili YADIM Kelantan ialah […]

Kunjung hormat YADIM Pulau Pinang dengan Markas 2 Divisyen

SATU Sesi kunjung hormat telah diadakan oleh YADIM Pulau Pinang ke Divisyen Kedua (2 Divisyen) Infantri Malaysia, Kem Tun Razak, Bayan Lepas pada 9 Februari. Kunjung hormat ini bertujuan menjalin hunbungan selain menambah rakan strategik bagi tujuan melestari gerakan dakwah bagi YADIM. Beberapa perkara telah dibincangkan dalam sesi mesyuarat tersebut termasuklah program bersama yang boleh […]