Home » Citra Yadim » Kunjung hormat YADIM Pulau Pinang dengan Markas 2 Divisyen

Kunjung hormat YADIM Pulau Pinang dengan Markas 2 Divisyen

SATU Sesi kunjung hormat telah diadakan oleh YADIM Pulau Pinang ke Divisyen Kedua (2 Divisyen) Infantri Malaysia, Kem Tun Razak, Bayan Lepas pada 9 Februari.
Kunjung hormat ini bertujuan menjalin hunbungan selain menambah rakan strategik bagi tujuan melestari gerakan dakwah bagi YADIM.
Beberapa perkara telah dibincangkan dalam sesi mesyuarat tersebut termasuklah program bersama yang boleh dilaksanakan bersama antara YADIM Pulau Pinang dan Markas 2 Divisyen.
Hadir mewakili YADIM ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup, Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohammad Fadzil bin Alias serta Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Zuhri Husain.
Markas 2 Divisyen pula diwakili oleh Pegawai Staf Agama, Leftenan Kolonel Jamal Nasir Ahmad, Pegawai Agama, Mejar Omar Salleh dan Pegawai Agama Rejimen kedua Kor Polis Tentera Diraja, Mejar Hashim Abdul Rahman.
Semoga jalinan Strategik dapat dijalin untuk sama sama melestari gerakan dakwah ke arah Malaysia Madani.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *