Home » Citra Yadim » 210 naskhah Al Quran untuk PKRC Pahang

210 naskhah Al Quran untuk PKRC Pahang

KUANTAN – Kes Covid-19 yang semakin meningkat di negeri ini menyaksikan pertambahan bilangan Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang dibuka.

Justeru, sesuai dengan hasrat untuk menggunakan pendekatan kerohanian, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan (NGO) Syabab Care Malaysia, telah menyumbangkan sebanyak 210 naskhah Al Quran untuk kegunaan di pusat pusat berkenaan.

Tujuan utama inisiatif ini ialah untuk membolehkan para penghuni mengisi masa lapang dengan aktiviti lebih bermanfaat.

Bagi menjayakan usaha ini, YADIM yang dihubungi oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada 27 Mei telah berusaha menyediakan bahan sumbangan tersebut sebelum menyerahkannya hari ini (28 Mei).

Sumbangan disampaikan Ahli Jawatankuasa Syabab Care Malaysia, Muhammad Fadzli Abu Bakar kepada pegawai JAIP,  Zolhadi  Abdul Kadir.

Menurut Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Ustaz Mohamad Hazmi Dibok,  210 naskhah ini adalah sumbangan awal daripada badan dakwah ini dan pihaknya akan berusaha untuk menambah bilangan sumbangan tersebut pada masa akan datang.

YADIM Pahang menyokong usaha murni JAIP untuk mewujudkan suasana ibadah dan aktiviti kerohanian di kalangan pesakit Covid-19 di PKRC kerana ia  bertepatan dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya Istirja’ atau mengajak kembali merujuk kepada Allah SWT apabila ditimpa dengan sesuatu musibah.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *