Home » Langit Terbuka » 250,000 jemaah dibenarkan untuk umrah fasa kedua

250,000 jemaah dibenarkan untuk umrah fasa kedua

Jemaah haji asing akan dibenarkan menunaikan umrah dan mengunjungi Rawdah mulai 1 November, ekoran Covid-19 - Foto Ismaweb

RIYADH – Sebanyak 250,000 jemaah domestik akan dibenarkan menunaikan umrah pada fasa kedua sebagai sebahagian daripada lanjutan umrah dan lawatan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mulai Ahad ini.

Para jemaah juga akan dibenarkan mengunjungi Rawdah Sharif dan kawasan masjid lama di Masjid Nabawi di Madinah mulai 18 Oktober dan seterusnya.

Hani Al-Omairi, anggota Jawatankuasa Nasional Haji dan Umrah memberitahu, lebih daripada 600,000 jemaah akan diberi permit untuk menunaikan solat di Masjidil Haram bersama-sama dengan lebih daripada 250,000 jemaah umrah semasa fasa kedua.

Para jemaah hanya perlu mendaftar melalui Aplikasi Eatmarna untuk mendapatkan keizinan menunaikan umrah serta mengunjungi Masjidil Haram dan Rawdah Sharif.

Jemaah haji asing akan dibenarkan menunaikan umrah dan mengunjungi Rawdah mulai 1 November, permulaan fasa ketiga selepas larangan mengerjakan umrah ditarik balik secara beransur-ansur.

Bagaimanapun, Al-Omairi, yang juga anggota Persatuan Perjalanan dan Pelancongan Arab Saudi, berkata, pihaknya masih belum jelas berapa banyak negara yang akan dibenarkan menghantar jemaah umrah selepas seluruh dunia dilanda wabak koronavirus.

“Semua berharap pihak berkuasa akan mengumumkan perincian negara-negara yang diundang untuk mengerjakan umrah mulai daripada fasa ketiga pelaksanaan semula perkhidmatan umrah,” katanya.

Al-Omairi menyatakan mekanisme telah dijalankan yang mana bas akan dibenarkan beroperasi dengan kapasiti tidak lebih dari 40 peratus.

Begitu juga, hanya dua jemaah umrah yang akan dibenarkan tinggal di satu bilik dan itu mematuhi langkah-langkah membendung penularan koronavirus.

Kementerian Haji dan Umrah, bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan dalam menerima kumpulan umrah yang pertama, termasuk warganegara dan ekspatriat pada 4 Oktober lalu.

Menurut rancangan strategik yang dilaksanakan oleh agensi pemerintah, fasa pertama untuk menyambung semula umrah menyaksikan sejumlah kecil yang tidak melebihi 6,000 orang setiap hari, dan setiap kumpulan diperuntukkan hanya tiga jam untuk menyelesaikan ibadah masing-masing dengan tahap pematuhan dan pencegahan penularan wabak tertinggi.

Sebahagian daripada langkah-langkah ini termasuk melakukan operasi nyah kuman sebanyak 10 kali sehari di Masjidil Haram.

Jemaah diwajibkan melakukan sanitasi semasa keluar dan masuk dan air Zamzam diagihkan kepada jemaah dalam botol yang dibungkus. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *