Home » Langit Terbuka » Waspada entiti murtad

Waspada entiti murtad

PUTRAJAYA 7 Nov. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekali lagi menegaskan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan entiti-entiti berkaitannya tidak pernah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Sehubungan itu, Ketua Penga­rah Jakim, Tan Sri Othman Mus­ta­pha­ menasihatkan­­ umat Islam a­gar berwaspada ter­­hadap isu-isu sensitif seperti mur­tad yang di­ba­wa oleh entiti-en­titi seperti IFC, Per­satuan Melayu Kris­tian dan Pertubuhan Melayu Murtad.
Dalam masa sama, katanya, Jakim dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus bekerjasama untuk membendung umat Islam daripada terjebak dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam demi memelihara kesucian agama itu.
“Jakim telah membuat semakan sekali lagi dengan ROS dan Kementerian Dalam Negeri. Kedua-dua pihak tersebut mengesahkan bahawa dakwaan yang entiti-entiti tersebut telah berdaftar secara sah di bawah ROS adalah tidak benar.
“Jakim berpandangan isu seperti ini boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan masyarakat Islam serta menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Isu-isu sensitif berhubung murtad yang dibawa oleh IFC dan entiti-entiti berkaitan telah timbul beberapa tahun lalu dan sehingga kini ia berulang-ulang kali menjadi viral di media sosial.
Pada Oktober 2014, ROS telah menge­luarkan kenyataan bahawa IFC, Persatu­an Melayu Murtad dan Persatuan Melayu Kristian tidak didaftarkan.
Othman seterusnya meminta umat Islam agar menyalurkan maklumat kepada Jakim dan jabatan-jabatan agama Islam negeri jika timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu berkaitan demi menjaga keharmonian hidup masyarakat di negara ini. – https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *