Home » Citra Yadim » 34 asnaf terima sumbangan YADIM Kedah

34 asnaf terima sumbangan YADIM Kedah

ALOR SETAR – Seramai 34 keluarga asnaf terpilih menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kedah, dalam program Karnival Rahmah Kedah.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawataakuasa Agama, Kesihatan, Luar Bandar dan Badan Bukan Kerajaan Kedah, Yang Berhormat Dato Dr Ismail Salleh dalam satu majlis di sini pada 30 Januari.

Kesemua penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor itu menerima beras, milo, gula, garam, biskut, teh, kicap dan lain lain barangan keperluan harian.

Ia merupakan sebahagian pengisian program Karnival Rahmah Kedah yang bermula 24 Januari lalu hingga 2 Februari ini.

Hadir sama ialah Pemangku Pengarah YADIM Kedah, Mohd Afifi Ruslan. YADIM Kedah telah dijemput untuk bersama dalam program ini dan menjalankan 4 program sepanjang karnival berlangsung.

Antaranya Bicara Dakwah yang difokuskan untuk golongan wanita, Rilex With YADIM yang menampilkan Pencetus Ummah Yeop sebagai penceramah serta Forum Bicara Rahmah yang menampilkan Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin sebagai ahli panelnya.

Karnival yang diadakan secara santai ini, menyelitkan pemahaman kepada pengunjung mengenai konsep Rahmatan Lil Alamin.

Turut bersama menjayakan karnival ini ialah agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Lembaga Zakat Kedah, Amanah Ikhtiar Malaysia, Amanah Raya Berhad serta Majlis Amanah Rakyat.

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *