Home » Langit Terbuka » PDRM sokong hukuman berat pemandu mabuk

PDRM sokong hukuman berat pemandu mabuk

PDRM menyokong sepenuhnya keputusan Kementerian Pengangkutan untuk memperketat undang-undang berkaitan pemandu mabuk. - Foto Bernama

SEPANG – POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menyokong keputusan kabinet yang ingin meminda undang-undang dan mengenakan hukuman berat kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya yakin hukuman terhadap pemandu berkenaan perlu ditingkatkan dan ditangani dengan baik.

“Jika dilihat di Amerika Syarikat dan negara-negara barat lain mereka mengambil isu itu dengan begitu serius, mengapa kita tidak ambil pendekatan sama?

“Saya sokong sepenuhnya keputusan Kementerian Pengangkutan untuk memperketat undang-undang terbabit dengan menambah hukuman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan (Polis Bantuan) Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) di Perkarang Kompleks Bunga Raya, di Sepang, pada 31 Januari.

Mengulas berhubung cadangan hukuman penjara seumur hidup terhadap pemandu mabuk yang melanggar mati pengguna jalan raya, Abdul Hamid berkata, perkara itu biar dibincangkan di Parlimen.

“Jika ada cadangan itu, biarlah ahli parlimen sendiri berdebat selepas mendapat nasihat pakar dan agensi berkaitan yang memberi input. Bagi kami, PDRM tetap yakin bahawa hukuman itu harus dipertingkatkan,” katanya. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *