Home » Citra Yadim » 40 keluarga terima manfaat program YADIM Peduli

40 keluarga terima manfaat program YADIM Peduli

JITRA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan lagi usaha membantu golongan memerlukan menerusi program YADIM Peduli – Musaadah Covid 19 di beberapa lokasi di sini.

Seramai 40 keluarga miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya dan lain lain lagi disantuni dalam program pada 19 Oktober ini. Mereka disantuni tanpa mengira latar bekakang, sesuai dengan gerak kerja YADIM dan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Program bermula di Masjid Al Ikhlas, Taman Tunku Sarina di sini apabila 25 penerima daripada Taman Pulasan, Taman Maluri dan lapan kampung menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian.

Sebaik selesai di masjid, urusetia kemudiannya bergerak ke taman dan perkampungan sekitarnya untuk menziarah penerima uzur. Seramai 15 keluarga diziarahi dan kesemuanya juga menerima kit makanan.

Hadir ke program ini ialah Timbalan Pengerusi Masjid Al Ikhklas, Azhar Ramli dan Timbalan Pengerusi Sukarelawan YADIM Kubang Pasu, Rosli Yusof.

Turut serta ialah Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan Masjid Al Ikhlas, Sukarelawan YADIM Kubang Pasu dan Ketua Kawasan Rukun Tetangga Taman Tunku Sarina, Sharil Osman.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *