Home » Citra Yadim » 50 kotak barangan keperluan untuk Pertubuhan Bakti Massa

50 kotak barangan keperluan untuk Pertubuhan Bakti Massa

PUTRAJAYA – Pertubuhan Bakti Massa, sebuah rakan badan bukan kerajaan (NGO) YADIM pada 27 April menerima sumbangan barangan keperluan dan wang tunai daripada badan dakwah ini bagi membantunya melaksanakan gerak kerjanya.

Sumbangan 50 pek barangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan dalam satu majlis di ibu pejabat YADIM di sini, yang diselaraskan oleh Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

Dalam ucapan ringkasnya, Ustaz Nasrudin berkata, sumbangan ini merupakan satu rutin yang dilaksanakan YADIM setiap tahun bagi membantu NGO yang berkaitan untuk melaksanakan dakwah dan kebajikan.

Untuk tahun 2022 ujarnya, sudah kira kira 50 NGO disantuni baik melalui sumbangan seperti ini atau menerusi program lapangan.

“Harap selepas ini akan lebih banyak lagi aktiviti, kami alu alukan program bersifat lapangan seperti street dakwah, kursus kepimpinan dan sebagainya, tetapi ada waktu tertentu contohnya musim perayaan atau berlaku bencana, kami juga laksakan program kebajikan,” katanya.

Mewakili Pertubuhan Bakti Massa menerima sumbangan ini ialah bendaharinya, Mohd Khairol Anwar Mat Zuki.

Menurut Mohd Khairol, sumbangan yang diterima daripada YADIM ini akan disalurkan pula kepada golongan memerlukan yang memohon untuk bantuan daripada mereka.

Hadir sama ke program ini ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner.

Pertubuhan Bakti Massa merupakan sebuah NGO yang antara aktivitinya ialah program dakwah kepada komuniti orang asli di negara ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *