Home » Langit Terbuka » 51 penceroboh Yahudi pecah masuk Masjid Al-Aqsa

51 penceroboh Yahudi pecah masuk Masjid Al-Aqsa

JERUSALEM, Isnin – 51 penceroboh Yahudi termasuk 27 pelajar memecah masuk ke Masjid Al- Aqsa, semalam.

Polis Israel yang mengawal masjid itu dilapokan membantu membuka pintu Magharebah untuk membenarkan pencerobohan mereka.

Agensi berita, Quds Press mendedahkan bahawa pengawal Aqsa telah memaksa polis Israel untuk menggesa penceroboh-penceroboh berkenaan keluar dari Aqsa selepas cuba untuk melaksanakan ritual Talmud di tempat suci umat Islam itu.

Namun demikian, polis Israel telah terus menerus membenarkan penceroboh untuk menyerbu Masjid Aqsa pada bulan Ramadan, bulan suci bagi umat Islam ini.

Berdasarkan laporan statistik yang dijalankan oleh Quds Press, 562 penceroboh Yahudi telah menyerbu Aqsa sejak Ramadan bermula dua minggu lalu termasuk askar, penduduk haram dan pelajar. – Agensi

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *