Home » Citra Yadim » Pertandingan Memanah Tradisional Putrajaya 2019

Pertandingan Memanah Tradisional Putrajaya 2019

PUTRAJAYA – Seramai 250 peserta menyertai Pertandingan Memanah Tradisional Putrajaya 2019 pada 28 Disember.

Pertandingan itu yang diadakan di lapangan memanah Surau AL Munawwarah, merupakan kali kedua diadakan selepas pertama kali dianjurkan pada 2018.

Para peserta terdiri daripada ahli kariah surau Jumaat sekitar Putrajaya, manakala TV Al Hijrah, Masjid Darul Ehsan Subang, Kelab Memanah AL Ikhwan Desa Pinggiran Putra dan JAWI Putrajaya merupakan peserta jemputan khas.

Surau Al Munawwarah 5R3 merupakan penganjur utama pertandingan manakala Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya dan Perfume Garden merupakan penganjur bersama.

Selaku penganjur bersama, YADIM telah menaja hadiah hadiah untuk pertandingan ini.

Sesuai dengan konsep pertandingan, para pesertanya memakai pakaian tradisional seperti baju layang, samping dan tanjak ketika menyertainya.

Malah, terdapat hadiah untuk pakaian tradisional paling menarik untuk para peserta.

Pertandingan dibahagikan kepada lima kategori iaitu Lelaki Dewasa, Wanita, Remaja, Kanak – Kanak dan Berkumpulan.

Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz telah diberi penghormatan untuk berucap seterusnya merasmikan penutupan program ini.

Dalam ucapannya beliau menyentuh tentang sukan memanah yang memerlukan fokus dan konsentrasi tinggi jika mahu menyertainya.

Amalan fokus terhadap sesuatu dan memberi konsentrasi yang tinggi dalam sukan memanah jelas beliau, boleh diaplikasikan ketika melaksanakan tugas di pejabat,yang sudah tentu membawa kebaikan dan kelebihan.

Selain Nik Omar, turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tn. Kamarul Arief Tuan Soh, Penolong Pengarah, JAWI Putrajaya Ustaz Haslin Othman, Pengerusi Surau Al-Munawwarah 5R3 juga Pengarah Program, Ustaz Idzhar Jumali, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Hafiz Musa dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Syahrizal Mat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *