Home » Citra Yadim » Promosi buku Menyingkap Rahmat Buat Umat

Promosi buku Menyingkap Rahmat Buat Umat

PUTRAJAYA – Kepada yang tercari cari buku mengenai konsep rahmah, berita baik buat anda kerana Kedai Buku Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini mengadakan promosi jualan untuk satu judul buku terbaharunya.

Buku ‘Menyingkap Rahmat Buat Umat’ terbitan YADIM kini boleh didapati dengan potongan harga sebanyak 25 peratus.

Tawaran istimewa pada harga RM23.25 sen (harga asal RM31) ini sah sehingga 31 Januari 2020 ini sahaja, jadi segera dapatkan naskhah anda.

Bagi yang mencari huraian lanjut dan penjelasan mengenai konsep rahmah seperti yang diamalkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, maka buku inilah yang terbaik buat anda.

Hasil karya Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin sendiri, ia mengupas mengenai rahmah daripada perspektif yang segar.

Kaedah Baginda menangani permasalahan dan cabaran yang timbul, baik ketika berhadapan dengan musuh, sahabat, atau pada saat hamba, wanita dan kanak kanak datang mengadu kepadanya diulas dengan cukup baik dalam bahasa yang ringkas dan mudah difahami semua golongan.

Pendek kata, ia mampu menyuntik rasa insaf dan cakna pembaca tentang bagaimana kita sepatutnya bertanggungjawab sebagai seorang Muslim, menyebarkan rahmah Islam untuk semua.

Anda boleh mendapatkan buku ini dengan datang sendiri ke Kedai Buku YADIM di ibu pejabat YADIM di Presint 3 Putrajaya, atau menerusi pembelian dalam talian di https://buku.yadim.com.my atau di laman facebook Kedai Buku YADIM.

Untuk promosi dan buku buku menarik lain, layari laman web dan facebook di atas. Terdapat pelbagai judul yang pasti menarik minat anda.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *