Home » Citra Yadim » MAWAR-YADIM anjur Sambutan Hari Wanita Antarabangsa

MAWAR-YADIM anjur Sambutan Hari Wanita Antarabangsa

PUTRAJAYA – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus konsisten dalam menyantuni golongan wanita pelbagai peringkat di negara ini.

Menerusi penganjuran Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2020 di ibu pejabat YADIM pada 13 Mac, MAWAR menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran bagaimana wanita boleh memainkan peranan mereka secara seimbang untuk kesejahteraan keluarga dan negara.

MAWAR juga berharap ia dapat menunjukkan penegasan mereka bahawa keluarga yang utuh amat diperlukan dalam pembangunan negara yang sejahtera selain membincangkan kaedah bagaimana keluarga sebagai satu institusi memupuk kesaksamaan gender.

Program tersebut juga berobjektifkan untuk memberikan pendedahan bagaimana wanita boleh menyuarakan isu dan permasalahan mereka secara kolektif dengan lebih berkesan.

Kira kira 50 ahli ahli pelbagai badan bukan kerajaan wanita dari sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur hadir ke program bermula jam 8.30 pagi itu.

Antara yang hadir ialah wakil-wakil dari Persatuan Kebajikan Islam Malaysia, Raudhatus Sakinah, Bahagian Penguatkuasaan Halal JAKIM, Darul Insyirah, Wanita IKRAM, Kelab Wanita Rahmah, Perwadina, Kasih D’awal, Pemitas, Warda, Gabungan Dakwah Malaysia, Wahim, Perkim An-Nidaal Putrajaya dan banyak lagi.

Ianya dirasmikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz. Hadir sama ialah Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim serta pengurusan YADIM dan ahli ahli jawatankuasa pusat MAWAR.

Ia dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr Hafidzah sebelum tiga kertas kerja dibentangkan oleh tokoh tokoh MAWAR.

Kertas kerja pertama bertajuk ‘Seimbang Sejahtera Wanita; Keluarga Rahmah Tonggak Kemakmuran Negara’ telah dibentangkan oleh Ustazah Maznah Daud, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM.

Kertas kerja kedua bertajuk ‘Sayangi Wanita; Memupuk Kesaksamaan Gender Dalam Keluarga oleh Professor Datuk Dr Harlina Halizah Siraj dan kertas kerja terakhir bertajuk ‘Hormati dan Lindungi Wanita; Advokasi Isu Wanita Melalui Bidang Perundangan oleh Professor Madya Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh.

Sebagai simbolik menghargai wanita, 100 kuntum bunga mawar telah diedarkan kepada para tetamu yang hadir.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *