Home » Langit Terbuka » Masjid di Singapura sambung semula solat Jumaat, jemaah bermula 26 Jun

Masjid di Singapura sambung semula solat Jumaat, jemaah bermula 26 Jun

Bagi membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan solat Jumaat, 2 sesi setengah jam akan diadakan setiap kali, dengan selang 30 minit rehat di antara kedua-dua sesi. - Khalifah Mail Online

SINGAPURA – Masjid di Singapura akan menyambung semula solat Jumaat dan solat berjemaah setiap hari mulai 26 Jun, dengan maksimum 50 jemaah setiap sesi di setiap masjid.

Dalam laman webnya, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memaklumkan pihaknya akan terus mengambil pendekatan berhati-hati untuk memastikan masjid kekal selamat dan mematuhi sepenuhnya garis panduan nasional.

Menurut MUIS, bagi membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan solat Jumaat, 2 sesi setengah jam akan diadakan setiap Jumaat, dengan selang 30 minit rehat di antara kedua-dua sesi untuk memastikan pengurusan orang ramai yang selamat.

Khutbah dan solat akan dipendekkan kepada maksimum 20 minit, katanya.

Selain solat Jumaat dan solat berjemaah setiap hari, MUIS memaklumkan ibadah secara bersendirian di luar sesi solat berjemaah akan terus dibolehkan, namun tertakluk juga kepada had 50 orang pada satu-satu masa.

Menurut MUIS, pihaknya membangunkan sistem penempahan solat di masjid dalam talian untuk menguruskan permintaan selain memastikan pelaksanaan teratur solat berjemaah.

Sistem berkenaan membolehkan tempahan ruang solat tersedia untuk solat berjemaah setiap hari dan Jumaat, jelasnya.

Bagi membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan solat Jumaat mereka, sistem itu akan mengehadkan jumlah tempahan yang dapat dilakukan oleh individu untuk solat Jumaat hanya untuk s1 tempahan dalam jangka waktu 3 minggu.

Singapura memasuki fasa ke-2 pembukaan semula pada 19 Jun dengan pelonggaran sekatan yang dikenakan untuk mengekang penyebaran Covid-19. – FreemalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *