Home » Langit Terbuka » Malaysia kekal tidak hantar jemaah haji

Malaysia kekal tidak hantar jemaah haji

Keputusan tidak menghantar jemaah haji Malaysia tahun ini mengambil kira faktor wabak Covid-19 kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto MSN

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia kekal dengan keputusannya untuk tidak menghantar jemaah haji menunaikan ibadat haji tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan, keputusan itu dibuat pihaknya setelah mengambil kira pelbagai pandangan berikutan pandemik koronavirus

“Semalam Menteri Agama Arab Saudi ada menghubungi saya. Kami berbincang mengenai ibadat haji.

“Bagaimanapun, topik perbincangan itu akan saya rumuskan dalam sidang media akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan aktiviti dakwah dan kebajikan dan pelancaran aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MOJA) di Bangunan Perkim, di sini pada 23 Jun.

Kerajaan Arab Saudi dalam kenyataannya menyatakan akan mengehadkan jemaah haji tahun ini, khusus untuk penduduk yang tinggal di negara itu, susulan penularan wabak Covid-19.

Kementerian Haji dan Umrah berkata, hanya sebilangan kecil penduduk dari pelbagai kerakyatan yang tinggal di Arab Saudi sahaja akan dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Pada tahun lalu, seramai kira-kira 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadah haji itu yang juga satu daripada Rukun Islam.

Mengenai solat bergilir, Dr. Zulkifli berkata, perkara itu juga akan dibincang dan dimaklumkan kepada umum tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *