Home » Citra Yadim » Musa’adah Covid-19 di Pulau Tuba

Musa’adah Covid-19 di Pulau Tuba

LANGKAWI – Umum mengenali Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan, namun Pulau Tuba yang terletak hampir dengannya kurang diberi pendedahan.

Menyedari terdapat kewajipan melaksanakan tanggungjawab dakwah di pulau berkenaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 14 Ogos telah melaksanakan Program YADIM Peduli : Musa’adah Covid-19.

Program ini diadakan dengan kerjasama Koperasi Bestuba, yang beroperasi di Pulau berkenaan.

Seramai 30 keluarga yang memerlukan dari Kampung Teluk Berembang, Kampung Selat Bagan Nyior dan Kampung Tepi Laut di pulau berkenaan telah disantuni.

Antara yang disantuni termasuklah asnaf,pesakit kronik dan warga emas.

Mereka menerima makanan asasi seperti beras, minyak masak, kicap, sos dan lain-lain lagi.

Mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Hafsah Husain serta kakitangannya.

Turut serta dalam program ialah
Imam Masjid Al-Wafa di pulau berkenaan, Nor Rejab.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *